Jauhilah segala yang haram niscaya kamu menjadi orang yang paling beribadah. Relalah dengan pembagian (rezeki) Allah kepadamu niscaya kamu menjadi orang paling kaya. Berperilakulah yang baik kepada tetanggamu niscaya kamu termasuk orang mukmin. Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cintai bagi dirimu sendiri niscaya kamu tergolong muslim, dan janganlah terlalu banyak tertawa. Sesungguhnya terlalu banyak tertawa itu mematikan hati. (HR. Ahmad dan Tirmidzi) .

Minggu, 15 Maret 2015

SWY 501


POLITIK ISLAM? PERLUKAH?
 

Ramai orang tidak menyukai politik, sebab dalam minda mereka politik merupakan perkara yang menimbulkan kesan negative. Masih ingat dalam ingatan saya ketika ada orang yang memberi alasan bahawa dirinya tidak menyukai politik sebab politiklah yang menimbulkan perpecahan. Sejenak saya berfikir betulkah perpecahan dan kegagalan disebabkan politik atau sebaliknya perpecahan dan kegagalan wujud disebabkan pelakunya tak faham politik? Dalam tulisan ini, saya akan cuba mendedahkan pentingnya politik dalam kemenangan.

Politik berasal daripada bahasa Yunani  iaitu Polis yang bererti Negara. Menurut Lasswel (1986) politik merupakan seni berkaitan pengaruh. Hal ini pula disokong oleh Warjio (2013) yang mengatakan bahawa politik merupakan startegi atau cara yang digunakan untuk memberikan pengaruh dalam mendapatkan kuasa sehingga dapat menerapkan kehendaknya baik ide, gagasan maupun ideologi perjuangannya. 

Daripada erti daripada lasswel (1986) dan Warjio (2013) tersebut politik secara tidak langsung diertikan ramai orang sebagai perebutan kekuasaan yang meniadakan perdamaian. Walaupun secara fakta perkara ini benar, namun menurut saya politik itu tetap penting untuk mendapatkan mardhat Allah. Ia kerana dalam mewujudkan cita-cita Islam diperlukan suatu pengaruh, cara dan strategi yang dalam memperjuangkannya pasti akan menghadapi musuh dan timbul perpecahan tetapi bagi orang yang ikhlas pahitnya perjuangan tersebut akan mendatangkan kemenangan. Insyaallah. Musuh dan perpecahan merupakan konsekuensi daripada suatu perjuangan seperti yang digambarkan dalam setiap bait nasyid yang bertajuk ‘Sunnah Orang Berjuang’.

Menurut al-Maududi bahawa Islam diertikan berbagai erti mengikut nafsu dan bergantung berdasarkan kepentingan orang yang mendefinisikannya (Mustafa Haji Daud, 1989). Ia seperti orang buta yang menerangkan seekor gajah. Ketika orang buta ditanya apa erti gajah? Maka akan menjawap sesuai rabaannya sahaja. Apabila meraba kakinya akan menjawap gajah itu seperti tiang. Apabila meraba ekornya maka akan menjawap gajah itu seperti ular. Apabila meraba badannya maka akan menjawap gajah itu seperti dinding. Kedaaan inilah yang sama sedang berlaku pada Islam menurut al-Maududi iaitu orang ramai cuba mengertikan Islam secara meraba-raba.  

Berdasarkan pembacaannya tersebut al-Maududi berpandangan terdapat di kalangan umat Islam yang bersifat apologetic iaitu kalangan umat Islam yang berani mengambil unsur-unsusr luar daripada Islam dan diberikan label Islam (Mustafa Haji Daud, 1989). Oleh itu, untuk menghapuskan semua kekeliruan yang sedang berlaku pada umat Islam maka al-Maududi mengatakan bahawa umat Islam perlu dalam mempelajari, memahami dan meneliti konsep politik Islam. Wallahu a’lam. 

REFERENSI
Lasswell, H. D. (1936). Politik Siapa Mendapat Apa Bila dan Bagaimana. (terj. Dewan Bahasa dan Pustaka: Politics Who get What When and How). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustafa Haji Daud (1989). Pemikiran Politik dan Ekonomi Al-Maududi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Warjio (2013). Dilema Politik Pembangunan PKS Islam dan Konvensional. Indonesia: Perdana Publishing.


Tidak ada komentar: