Jauhilah segala yang haram niscaya kamu menjadi orang yang paling beribadah. Relalah dengan pembagian (rezeki) Allah kepadamu niscaya kamu menjadi orang paling kaya. Berperilakulah yang baik kepada tetanggamu niscaya kamu termasuk orang mukmin. Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cintai bagi dirimu sendiri niscaya kamu tergolong muslim, dan janganlah terlalu banyak tertawa. Sesungguhnya terlalu banyak tertawa itu mematikan hati. (HR. Ahmad dan Tirmidzi) .

Senin, 04 Mei 2015

SYW 501



PELAKSANAAN KONSEP SHURA DALAM KOPERASI DAARUT TAUHIID (KOPONTREN DT), BANDUNG, INDONESIA.

Shura bermaksud perundingan, permesyuaratan atau mesyuarat (Kahrudin Yunus, 1978; Muhamad S. El-Azwa, 1978; Salem Azzam, 1979; Karim Zaidan, 1988; Mahmood Zuhdi Abdul Majid, 1999). Shura merupakan prinsip perlembagaan Islam yang penting (Muhamad S. El-Azwa, 1978). Oleh itu, shura merupakan mekanisme penting ke arah mewujudkan Kepimpinan Islam yang adil (Abdul Ghafar Hj. Don, t.t).

Menurut Salem Azzam (1979) perlunya adanya shura kerana setiap zaman keadaannya sentiasa berubah dan menuntut adanya perundang-undangan yang terperinci untuk memenuhi keperluan hidup bermasyarakat, manakala dalam syariat Islam tidak disebutkan secara langsung dan terperinci tentang aturan yang dimaksud sehingga boleh mengelirukan.  Shura dalam al-Qur’an dan Hadith diertikan sebagai suatu perintah yang perlu dipatuhi dalam keadaan apa pun (dalam surah al-Imran, 3:159) dan sebagai ciri Islam yang perlu dilaksanakan oleh orang Muslim pada setiap peringkat kumpulan (dalam al-Syuura’, 42:38) (Muhamad S. El-Azwa, 1978). Abdul Karim Zaidan (1988) pula menegaskan bahawa perundingan merupakan cara untuk menyelesaikan urusan orang-orang Islam. Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1999) permusyawaratan merupakan ciri ummah dan Kepimpinan Islam. Namun, pandangan berbeza dinyatakan oleh Kahrudin Yunus (1978) di mana perundingan merupakan cara terbaik dalam mengurus bukan hanya orang-orang Islam tetapi urusan dalam hidup bermasyarakat secara umumnya. Dalam pandangannya, Kahrudin Yunus melihat seolah-olah shura sama dengan mesyuarat pada umumnya yang ada dalam sistem demokrasi. Padahal shura bukanlah demokrasi. Perbezaan ini dinyatakan secara jelas oleh Abdul Ghafar Hj. Don (t.t) iaitu seperti berikut:

a.       Asas demokrasi pemikiran manusia dan tidak mengambil kira urusan akhirat dalam perundingannya sedangkan shura berasaskan wahyu dan mengambil kira urusan akhirat dalam perundingannya.
b.      Kekuasaan utama dalam demokrasi adalah rakyat sedangkan dalam shura kekuasaan utama adalah kekuasaan Allah SWT.
c.       Adanya fahaman kebebasan berpendapat dalam demokrasi tanpa had sedangkan shura terdapat kawalan dan bimbingan spiritual dalam memberikan pendapat.

Perbezaan antara demokrasi dan shura tersebut menjelaskan bahawa shura dan demokrasi merupakan perkara yang berbeza, sehingga shura memiliki syarat tersendiri dalam pelaksanaannya. Syarat pelaksanaan shura: pertama, shura tidak boleh dilaksanakan kepada perundingan persoalan-persoalan yang terdapat perintahnya dalam al-Qur’an dan Hadith; kedua, shura dilaksanakan dengan hasil dapatan tidak boleh bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadith.

Kopontren DT merujuk setiap keputusan dan aturan berdasarkan al-Qur’an dan Hadith. Selain itu pula Kopontren DT merupakan bagian daripada lembaga dakwah Islam Pondok pesantren DT. Berdasarkan temu bual yang dilakukan pada bulan Februari pada tahun 2015 diperoleh pula maklumat bahawa Kopontren DT melakukan mesyuarat bersama dalam pengambilan keputusan. Daripada maklumat-maklumat ini dapat dirumuskan bahawa mesyuarat Kopontren DT merupakan shura bukan demokrasi. Hal ini didasarkan bahawa pelaksanaan mesyuarat tidak didasarkan pada pemikiran manusia dan tanpa had. Justeru sebaliknya di Kopontren DT mesyuarat terdapat kawalan dan bimbingan secara spiritual sehingga keputusannya pun berdasarkan sumber hukum Islam yakni al-Qur’an dan Hadith ditambah rujukan Qiyas dan Ijma’ yang berdasarkan ulama yang berautoriti, khususnya yang bersumber dari Dewan Syariah Nasional (DSN) Majelis Ulama Indonesia (MUI). Menurut Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1999) bahawa dalam musyawarat perlu memiliki dua perkara iaitu azam yang kuat dan sifat tawakkal kepada Allah dalam melaksanakan keputusan mesyuarat. Dua perkara ini pun telah dilaksanakan dalam mesyuarat Kopontren DT iaitu dengan pengamalan solat istikharah. Solat istikharah yang dilaksanakan ini mempamerkan bahawa para pihak yang terlibat memohon pertolongan untuk diberikan keputusan yang terbaik dan mereka meyakini bahawa apa pun keputusan mesyuarat merupakan datang daripada keredaan Allah SWT.  

Tidak ada komentar: