Jauhilah segala yang haram niscaya kamu menjadi orang yang paling beribadah. Relalah dengan pembagian (rezeki) Allah kepadamu niscaya kamu menjadi orang paling kaya. Berperilakulah yang baik kepada tetanggamu niscaya kamu termasuk orang mukmin. Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cintai bagi dirimu sendiri niscaya kamu tergolong muslim, dan janganlah terlalu banyak tertawa. Sesungguhnya terlalu banyak tertawa itu mematikan hati. (HR. Ahmad dan Tirmidzi) .

Senin, 09 Maret 2015

SYW 501


Ahli Akademik Patut Tahu Makna Sebenar: ‘Perspektif ‘ dan ‘Berteraskan’



Sumber dan penghargaan : https://ensiklopebanten.wordpress.com/2012/05/08/tahukah-kamu-1/


Bukan maksud mengajar,  tetapi baru terpikir bahawa sebagai seorang ahli akademik mesti risau manakala salah dalam pemilihan kata. Ia kerana silap memilih kata dalam mengungkapkan suatu hal maka tidak akan tersampaikan massage yang dimaksud. Punca nya akan tercipta miscommunication antara pemberi massage dan penerima massage. Hal ini lah yang mesti dielakkan oleh ahli akademik kerana kesan yang ditimbulkan boleh jadi membalikan kebenaran menjadi sesuatu yang salah ataupun sebaliknya. 

Dalam tulisan ini saya akan cuba berkongsi makna kata ‘perspektif’ dan kata ‘berteraskan’ sehingga dalam penggunaannya tidak keliru lagi. Kenapa saya teringin untuk kongsi dua kata ini? jawapannya kerana dua kata ini yang otomaticcally terpikir dalam pikiran saya kalau disuruh membuat cadangan tajuk. Selain itu pula dua kata ini memang paling kerap digunakan oleh ahli akademik dalam tajuk kertas kerja, disertasi atau pun tesis. 

Merujuk kepada Kamus Dewan 4 erti kata ‘perspektif’ adalah 1. cara pelukisan (penggambaran) sesuatu benda dll pada permukaan yang rata sebagaimana yang kelihatan dari sesuatu tempat pada mata seseorang. 2. Pandangan (pentafsiran) yang wajar bukan sesuatu dengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dalam hubungan keseluruhannya. 

Kata ‘berteraskan’ pula apabila merujuk kepada Kamus Dewan edisi 4 ini terbentuk daripada kata asal ‘teras’ yang bererti: 1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak sanggup membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dgn ~ kayu nangka; 2. bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3. ki sesuatu yg terpenting (terutama), isi yg terpenting (terbaik), sesuatu yg menjadi asas atau dasar (bagi sesuatu).

Daripada kedua-dua erti daripada Kamus Dewan edisi 4 tersebut, nampak bahawa ‘perspektif’ dan ‘berteraskan’ adalah dua kata yang nampak serupa maknanya tetapi sebenar berlainan makna. Perspektif digunakan hanya untuk berbagi pandangannya saja tidak bererti mengubah konsep asasnya. Misalnya  Ekonomi Politik Negara Kebajikan menurut Perspektif Islam, bukan bererti kerana ada kebajikan di dalamnya yang serupa dengan kebajikan dalam Islam menjadikan ekonomi politik negara kebajikan tersebut menjadi ekonomi politik yang berteraskan Islam. Nah inilah yang dimaksud kata’persfektif’ tidak dapat diertikan dengan berteraskan. Berdasar Kamus Dewan edisi 4 yang telah dikutip sebelumnya kata ‘berteraskan’ bererti memberikan asas tersendiri daripada akar umbinya bukan sesuatu hal hasil kolaborasi atau campuran. Saya bagi contoh misalnya ekonomi politik berteraskan Islam bererti ekonomi politik yang asas dan akar umbinya berasal daripada Islam. Berbeza dengan penggunaan kata ‘perspektif’ tadi yang hanya melihat akar umbi dan konsep yang sudah ada dilihat berdasarkan pandangan konsep lainnya sehingga pandangan tersebut tidak mengubah akar umbi dan konsep tersebut. Wallahu a’lam.