Jauhilah segala yang haram niscaya kamu menjadi orang yang paling beribadah. Relalah dengan pembagian (rezeki) Allah kepadamu niscaya kamu menjadi orang paling kaya. Berperilakulah yang baik kepada tetanggamu niscaya kamu termasuk orang mukmin. Cintailah orang lain pada hal-hal yang kamu cintai bagi dirimu sendiri niscaya kamu tergolong muslim, dan janganlah terlalu banyak tertawa. Sesungguhnya terlalu banyak tertawa itu mematikan hati. (HR. Ahmad dan Tirmidzi) .

Minggu, 22 Maret 2015

SYW 501


MENGAPA PERLU EKONOMI POLITIK ISLAM?


Sumber dan penghargaan: https://kemajuanislam.wordpress.com/2010/03/24/konsep-ekonomi-ibnu-khaldun/

Sebagaimana manusia dan makhluk hidup lainnya agar boleh menjalani kehidupannya maka sudah sepatutnya memenuhi keperluan ekonomi sebagai penyokong aktiviti utama dalam hidupnya. Namun permasalahannya kadang kala ekonomi dijadikan tujuan utama hidupnya manakala kondisi ekonominya tidak dapat memenuhi keperluan asas. Hal ini lah yang membahayakan keyakinan. Sebagaimana hadith berikut.

“Hampir-hampir kefakiran itu mendekati kekafiran[1].”
[HR.Al-’Uqoiliy dalam Adh-Dhu’afa’ (419), dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah (3/53) dari jalur Sufyan, dari Al-Hajaj dari Yazid bin Aban al-Raqqasyi]

Tidak terpenuhinya keperluan asas, maka seseorang khususnya orang Islam akan mudah begitu sahaja melupakan tujuan utama dirinya diciptakan bahkan banyak juga yang berpaling dari jalan yang benar. Ia kerana semakin sibuk dengan urusan dunia dan melupakan urusan akhirat. Hal ini lah yang dimaksudkan kefakiran mendekati kekafiran. Naudzubillahi min dzalik. Oleh itu ekonomi mempunyai kedudukan terpenting dalam islam. Pandangan ini dinyatakan oleh Yusuf al-Qardhawi (1996), beliau menyebutkan bahawa tiga sumber kekuatan Islam  diantaranya kekuatan spiritual, kekuatan jumlah dan kekuatan material (ekonomi).  Kurang satu daripada sumber tersebut maka semakin lemahlah Islam. Untuk menambah jumlah jamaah maka perlu disokong ekonomi yang kuat pula. oleh itu, ekonomi yang menjadi kekuatan ini merupakan ekonomi Islam. Pandangan ini disokong pula oleh A.Hasjmy (1970) dimana dalam mewujudkan keadilan sosial maka perlu perwujudan ekonomi Islam. Beliau menyatakan alasannya kerana cita ekonomi Islam ialah pengabdian kepada amanah allah untuk kesejahteraan pribadi dan masyarakat. Persoalannya bagaimana cara mewujudkan ekonomi Islam tersebut?. 

Menurut A.Hasjmy (1970) dalam melaksanakan ekonomi Islam, Islam menjalankan politik mementingkan kemaslahatan pribadi dalam pembinaan kesejahteraan masyarakat dengan dasar tidak merugikan pribadi dan masyarakat. Beliau pula menegaskan bahawa Politik Islam dalam bidang ekonomi mesti mempunyai 3 ajaran dasar seperti berikut:

1)      Harta kekayaan adalah milik Allah, manusia diberi hak untuk memanfaatkannya.
2)      Pengakuan adanya hak milik pribadi.
3)      Pembatasan hak manusia dalam memanfaatkan harta Allah.

H. Zainal Abidin Ahmad (1975) pula berpandangan bahawa ketika ekonomi Islam dan politik Islam tidak dipisahkan maka akan menciptakan kehidupan yang lebih berakhlak. Gabungan kedua falsafah ekonomi Islam dan politik Islam ini lah yang disebutkan sebagai konsep ekonomi politik Islam (Mohd Syakir Mohd Rosdi, 2014). Wallahu A‘lam.

REFERENSI

A.Hasjmy (1970). Dimana letaknya Negara Islam. Singapura: Pustaka Nasional.

H. Zainal Abidin Ahmad (1975). Konsepsi Negara Bermoral Menurut Imam al-Gazali. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.

Mohd Syakir Mohd Rosdi (2014). Tahaluf Siyasi dalam Ekonomi Politik Islam: Satu Kajian Teoritis. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Sains Malaysia.

Yusuf al-Qardawi (1996). Membangun ummah: Suatu kenyataan bukan khayalan.(terj. Ahmad Nuryadi Asmawi:Al-ummat  islamiyah haqiqat la wahm). Selangor: Thinker’s Library Sdn. Bhd.

Tidak ada komentar: