Berbincang
ilmu sosial pasti tidak akan terlepas daripada perbincangan ilmu ekonomi, politik,
sosiologi, antropologi dan sebagainya. Namun sangat jarang orang berbincang
tentang ekonomi politik (EP). Jarangnya perbincangan EP kerana disiplin ekonomi
dan politik yang sedia ada telah dipisahkan di banyak universiti. Persoalannya patutkah
ekonomi dan politik dipisahkan atau memang mesti digabung menjadi disiplin EP? Untuk
menjawap persoalan ini maka eloknya tahu dahulu bagaimana asal usul munculnya
EP.
Sumber
dan Penghargaan: http://ummah-center.blogspot.com/2013/04/selayang-pandang-ekonomi-politik.html
Berdasarkan asal usulnya EP termasuk bidang ilmu yang
sangat tua (Isjwara, 1966; Shamsulbahriah Ku Ahmad, 1989; Deliarnov, 2006).
Deliarnov (2006), pembahasan dan pelaksanaan EP berkembang pada abad ke-14, saat
terjadinya peralihan kekuasaan daripada raja ke para peniaga. Menurut Isjwara (1966), istilah EP telah
diguna pakai pada abad ke-17 oleh Montchretien de Watteville dalam bukunya “Traite’de I’oeconomi politique” diterbitkan
pada tahun 1615. Penggunaan istilah EP oleh de Watteville lebih membawa maksud
hubungan erat antara ekonomi dan politik iaitu kekuatan ekonomi digunakan untuk
menguatkan kekuatan politik dan kekuatan politik juga digunakan untuk
menguatkan kekuatan ekonomi. Selepas itu,
istilah EP digunakan pula oleh James Steuart dalam bukunya “An inquiry into the principles of politycal
economy” yang diterbitkan pada tahun 1767 (Winardi, 1976). Namun, EP hanya
memperoleh konsep yang lengkap pada akhir abad 18 setelah munculnya Revolusi
Industri dan lahirnya karya Adam Smith bertajuk “The Wealth of Nations” yang diterbitkan pada tahun 1776
(Shamsulbahriah Ku Ahmad, 1989; Deliarnov, 2006). Sejak saat itu penggunaan
istilah EP mulai digunakan oleh para ahli ekonomi dalam karya-karya mereka.
Winardi (1976) menyenaraikan tokoh-tokoh yang menggunakan istilah EP dalam
tulisan mereka antaranya adalah:
- David Ricardo daripada mazhab Klasik dengan bukunya Principles Of Political Economy And Taxation diterbitkan pada tahun 1817[1].
- Jen Baptiste Say daripada mazhab Klasik dengan bukunya Traite d’economie politique diterbitkan tahun 1803.
- John Stuart Mill daripada mazhab Klasik dengan bukunya Principles of Political Economy diterbitkan pada tahun 1848.
- Friedrich List daripada mazhab Historis dengan bukunya Nationales System der politischen Oekonomie diterbitkan pada tahun 1840.
- Stanley Jevons daripada mazhab Guna Batas dengan bukuny Theory Of Political Economy diterbitkan pada tahun 1871
- Vilfredo pareto daripada mazhab Lausanne dengan bukunya Cours d’economie Polique diterbitkan pada tahun 1896.
Menurut Dawam Rahardjo (1983) para tokoh EP meyakini EP
sebagai ilmu yang mengaitkan perkembangan ekonomi dengan perubahan sosial dan
politik yang selanjutnya mempengaruhi kepada proses ekonomi itu sendiri. Selain
itu, beliau juga menyebutkan bahawa ekonomi politik ini tidak hanya berbincang
tentang teori sahaja namun juga lebih bersifat praktek kerana ekonomi politik
berkaitan dengan cara atau strategi (politik) yang dipilih dan digunakan untuk
mencapai suatu tujuan ekonomi. Dengan demikian secara sedar sama ada tidak
sedar terdapat hubungan rapat antara ekonomi dan politik.
REFERENSI
Dawam Rahardjo (1983).
Esei-esei Ekonomi Politik. Jakarta: Penerbit LP3ES.
Deliarnov (2006). Ekonomi
Politik. Jakarta: Penerbit Erlangga.
Isjwara (1966).
Pengantar Ilmu Politik. Bandung: Penerbit Bina Cipta.
Shamsulbahriah Ku Ahmad
(1990). Pengantar Ekonomi Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Winardi (1976). Pengantar
Teori Politik Ekonomi. Bandung: Penerbit Alumni.
[1]
Pada tahun 1815 tajuk bukunya Essay on the Influence
of a low Price of Corn on the Keuntungan
of stock, seterusnya
tahun 1817 diubah
tajuk menjadi Principles Of Political Economy And Taxation
(Deliarnov, 2006).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar