Ahli
Akademik Patut Tahu Makna Sebenar: ‘Perspektif ‘ dan ‘Berteraskan’
Sumber
dan penghargaan :
https://ensiklopebanten.wordpress.com/2012/05/08/tahukah-kamu-1/
Bukan maksud mengajar, tetapi baru terpikir bahawa sebagai seorang
ahli akademik mesti risau manakala salah dalam pemilihan kata. Ia kerana silap
memilih kata dalam mengungkapkan suatu hal maka tidak akan tersampaikan massage yang dimaksud. Punca nya akan
tercipta miscommunication antara pemberi massage dan penerima massage.
Hal ini lah yang mesti dielakkan oleh ahli akademik kerana kesan yang
ditimbulkan boleh jadi membalikan kebenaran menjadi sesuatu yang salah ataupun
sebaliknya.
Dalam tulisan ini saya
akan cuba berkongsi makna kata ‘perspektif’ dan kata ‘berteraskan’ sehingga
dalam penggunaannya tidak keliru lagi. Kenapa saya teringin untuk kongsi dua
kata ini? jawapannya kerana dua kata ini yang otomaticcally terpikir dalam pikiran saya kalau disuruh membuat
cadangan tajuk. Selain itu pula dua kata ini memang paling kerap digunakan oleh
ahli akademik dalam tajuk kertas kerja, disertasi atau pun tesis.
Merujuk kepada Kamus Dewan 4 erti kata ‘perspektif’
adalah 1. cara pelukisan (penggambaran) sesuatu benda dll pada permukaan yang
rata sebagaimana yang kelihatan dari sesuatu tempat pada mata seseorang. 2.
Pandangan (pentafsiran) yang wajar bukan sesuatu dengan memperkirakan
bahagian-bahagiannya dalam hubungan keseluruhannya.
Kata ‘berteraskan’ pula
apabila merujuk kepada Kamus Dewan edisi 4 ini terbentuk daripada kata asal ‘teras’ yang
bererti: 1. bahagian yg keras dlm batang kayu, hati kayu: Sanah tidak sanggup
membelah batang-batang pinang itu, kulitnya sama keras dgn ~ kayu nangka; 2.
bahagian beras dll yg sudah dibersihkan; 3. ki sesuatu yg terpenting
(terutama), isi yg terpenting (terbaik), sesuatu yg menjadi asas atau dasar
(bagi sesuatu).
Daripada kedua-dua erti
daripada Kamus Dewan edisi 4 tersebut,
nampak bahawa ‘perspektif’ dan ‘berteraskan’ adalah dua kata yang nampak serupa
maknanya tetapi sebenar berlainan makna. Perspektif digunakan hanya untuk
berbagi pandangannya saja tidak bererti mengubah konsep asasnya. Misalnya Ekonomi Politik Negara Kebajikan menurut Perspektif Islam, bukan bererti kerana
ada kebajikan di dalamnya yang serupa dengan kebajikan dalam Islam menjadikan
ekonomi politik negara kebajikan tersebut menjadi ekonomi politik yang berteraskan Islam. Nah inilah yang
dimaksud kata’persfektif’ tidak dapat diertikan dengan berteraskan. Berdasar Kamus Dewan edisi 4 yang telah dikutip
sebelumnya kata ‘berteraskan’ bererti memberikan asas tersendiri daripada akar
umbinya bukan sesuatu hal hasil kolaborasi atau campuran. Saya bagi contoh misalnya
ekonomi politik berteraskan Islam bererti ekonomi politik yang asas dan akar
umbinya berasal daripada Islam. Berbeza dengan penggunaan kata ‘perspektif’
tadi yang hanya melihat akar umbi dan konsep yang sudah ada dilihat berdasarkan
pandangan konsep lainnya sehingga pandangan tersebut tidak mengubah akar umbi
dan konsep tersebut. Wallahu a’lam.
1 komentar:
oh saya baru tau, nice for sharing
1. Keesamus Fans
2. www.enasnasrudin.com
Posting Komentar